Han Ga-in telah telah menceritakan pengalamannya ketika pertama kali bergelar ibu.
Dalam episod terkini rancangan “Europe Outside Your Tent”, Han Ga-in telah menceritakan kisah ketika dia melahirkan anaknya serta sebab mengapa dia tidak mahu menambah anak ketiga.
Katanya,
Idea untuk menambah anak ketiga itu sangat menakutkan, seperti filem seram. Walaupun ramai kata anak ketiga itu rezeki, tapi saya tak pernah terfikir untuk menambah anak.
Tambahnya,
Masa saya lahirkan anak pertama saya, dia kuat menangis sehingga saya tak boleh nak tidurkan dia. Jadi, saya pun selalu nangis juga bila anak saya menangis.
Sambungnya,
Ada satu tahap tu dia nangis dengan sangat kuat sampai saya dan suami saya ingat yang dia sedang sakit. Tapi, bila kami bawa dia ke hospital dia terus senyap dan tertidur.
Terlebih dahulu, Han Ga-in telah berkahwin dengan pelakon Yeon Jung-hoon pada tahun 2005 dan mereka telah menyambut kelahiran anak perempuan mereka pada tahun 2016, serta anak lelaki mereka pada tahun 2019.
Betul la orang kata bukan senang nak jadi ibu kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.