Ikuti Kami:

Buat Penonton ‘Cair’ , Han Gain Dedah Wajah Anak Lelaki Buat Pertama Kali Di Kaca TV

Buat Penonton ‘Cair’ , Han Gain Dedah Wajah Anak Lelaki Buat Pertama Kali Di Kaca TV

Pelakon Han Ga-in telah memperkenalkan anak keduanya buat pertama kali di kaca TV.

Dalam episod terkini “Europe Outside Your Tent”, Han Ga-in telah berkongsi detik di mana dia sedang mengemas pakaiannya di rumah sebelum memulakan perjalanan ke Perancis.

Di mana, anak keduanya yang berusia 5 tahun iaitu Jae-woo telah muncul di dalam video tersebut. Diselebungi dengan beg tidur serta anak patung di tangannya, keletah comel kanak-kanak lelaki tersebut telah berjaya mencuri tumpuan penonton.

Dengan wajah comel seiras dengan wajah kedua ibu bapanya, Han Ga-in dan Yeon Jung-hoon, Jae-woo telah menunjukkan daya tarikan yang tidak dapat dinafikan.

han-gain-son

Malah, Han Ga-in turut mendedahkan bahawa ini merupakan pertama kali dia meninggalkan anak-anaknya di rumah selama lebih 10 hari.

Katanya,

Ini pertama kali saya berjauhan dengan anak-anak. Sebelum ini, saya sendiri yang jaga mereka sepanjang masa sejak dari mereka dilahirkan.

Terlebih dahulu, Han Ga-in dan Yeon Jung-hoon telah berkahwin pada tahun 2005. Mereka kemudiannya telah dikurniakan seorang anak perempuan pada tahun 2016 dan anak lelaki pada tahun 2019.

Comel kan Jae-woo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...