Ikuti Kami:

“Saya Menangis Menontonnya” – ‘The Sound Of Magic’ Terima Pujian Melambung

“Saya Menangis Menontonnya” – ‘The Sound Of Magic’ Terima Pujian Melambung

Baru sahaja ditayangkan tapi “The Sound Of Magic” nampaknya telah berjaya merebut hati ramai penonton.

Diarahkan oleh Kim Sung-yoon yang popular dengan projek seperti “Itaewon Class” dan “Love In The Moonlight”, siri 6 episod ini meniti di bibir peminat K-Drama sejak sebelum ia ditayangkan lagi.

Bukan itu sahaja, lagu di dalamnya turut dihasilkan oleh pengarah muzik hebat seperti Park Sung-il dan penulis lirik, Kim Ea-na selain nasihat mengenai silap mata yang dibantu oleh pakar ilusi popular iaitu Lee Eun-gyeol.

Selepas menjengah di Netflix, rata-rata penonton memberikan komen yang positif terhadap jalan cerita dan lakonan kesemua watak di dalamnya. Kata mereka, “Saya menangis sepanjang malam semasa menontonnya”, “Saya marathon hingga ke subuh”, dan “Saya sanggup berjaga malam untuk menonton kesemua episod sebelum pergi kerja.”

netflix the sound of magic

Bahkan pujian turut diberikan kepada bakat nyanyian watak utamanya, “Pengarahan lagu Hwang In-yeop dan Ji Chang-wook adalah sangat baik.”

Meskipun mungkin ada yang sedikit janggal menonton drama ini kerana bergenre muzikal fantasi, namun sinematografi dan lagu yang dipaparkan seperti “Journey” nyata memikat halwa telinga penonton.

Dalam pada itu, “The Sound Of Magic” mencapai rekod yang memberangsangkan apabila berjaya menduduki No 4 di dalam ranking global Netflix kini meskipun baru 4 hari bersiaran.

Best tak korang “The Sound Of Magic”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...