Ikuti Kami:

“Saya Menangis Melihatnya” – Lakonan Nam Joohyuk Dalam ‘Twenty Five Twenty One’ Dipuji

“Saya Menangis Melihatnya” – Lakonan Nam Joohyuk Dalam ‘Twenty Five Twenty One’ Dipuji

Katanya, “Twenty Five, Twenty One” merupakan drama baru yang menjadi kesukaan ramai kini?

Ianya berlatarbelakangkan tahun 1998 di mana ia membawa kisah Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) dan Na Hee-do (Kim Tae-ri) yang pertama kali berjumpa ketika mereka berusia 22 dan 18 tahun dan jatuh cinta apabila bertemu kembali pada usia 25 dan 21 tahun.

nam joohyuk twenty five twenty one

Nam Joo-hyuk mentransformasikan dirinya kepada Baek Yi-jin dengan baik sekali. Bahkan semua penonton dapat merasai keperitan anak muda itu yang kehilangan segalanya selepas keluarganya disahkan bankrap, malah terpaksa melakukan kerja sampingan seperti penghantaran surat khabar dan staf kedai sewa komik.

Pelakon itu menerima pujian ramai kerana berjaya menghidupkan watak Baek Yi-jin yang terasa kosong meskipun masih muda dek gambaran ekspresi yang tenang di mana masa kini adalah lebih penting daripada impiannya.

nam joohyuk twenty five twenty one

Rata-rata komen penonton apabila melihatkan babak dia menyalahkan diri sendiri apabila kakitangan bapanya dahulu yang mengalami kesusahan kini adalah positif. Antaranya ialah,

Nam Joo-hyuk memang pandai berlakon seperti ini?

 

Nam Joo-hyuk memang hebat apabila berlakon watak yang ada kisah lampau.

 

Lakonannya semakin membaik. Sedih dengan dialog bahawa dia berjanji tidak akan hidup bahagia.

 

Lakonan Nam Joo-hyuk sangat baik sehingga saya pun menangis sekali.

 

Nam Joo-hyuk memang pandai berlakon, dia seperti Baek Yi-jin itu sendiri.

 

Dia pandai berlakon watak yang naif dan remaja.

Rasa kasihan kan tengok Nam Joo-hyuk di dalam drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...