Ikuti Kami:

Kisah Cinta Anak Muda Buai Perasaan, 5 Sebab Mesti Tonton ‘Twenty Five, Twenty One’ Di Netflix

Kisah Cinta Anak Muda Buai Perasaan, 5 Sebab Mesti Tonton ‘Twenty Five, Twenty One’ Di Netflix

Sudah sedia nak saksikan keserasian berbunga antara Nam Joo-hyuk dan Kim Tae-ri?

Menerusi sidang media drama terbaru Netflix iaitu “Twenty Five, Twenty One”, nampaknya drama ini akan menjadi satu naskhah yang akan membuai hati semua nanti.

Tak percaya? Lihat sahaja beberapa titik menarik yang dikongsikan oleh pengarah Jung Ji-hyun, Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Bona (WJSN), Choi Hyun-wook dan Lee Joo-myung.

netflix twenty five twenty one

Kisah cinta muda mudi

Untuk pengetahuan, “Twenty Five, Twenty One” berlatarbelakangkan tahun 1998 di mana ia membawa kisah Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) dan Na Hee-do (Kim Tae-ri) yang pertama kali berjumpa ketika mereka berusia 22 dan 18 tahun dan jatuh cinta apabila bertemu kembali pada usia 25 dan 21 tahun.

Kongsi pengarah Jung Ji-hyun,

Ia merupakan drama anak muda yang merangkumi kesemua emosi iaitu keseronokan, kecantikan dan kadang kala kesedihan yang dialami lima anak muda di mana impian mereka diragut dek krisis IMF pada 1998.

netflix twenty five twenty one

Kredit: Netflix

Kim Tae-ri dan Nam Joo-hyuk serasi

Tidak dinafikan yang drama ini mendapat perhatian ramai sejak awal promosi dek nama hebat seperti Nam Joo-hyuk dan Kim Tae-ri.

Seperti yang diperkatakan pengarah itu sendiri, sepertinya penonton akan menyukai gandingan antara mereka berdua,

Saya merasakan bahawa nama Kim Tae-ri dan Nam Joo-hyuk sendiri ialah satu kelebihan. Saya sukakan emosi yang ditonjolkan kedua mereka. Kesemua pemahaman skrip dan emosi yang disediakan mereka adalah baik. Mereka sangat bersedia hingga saya sendiri menerima idea daripada mereka dan bukan sebaliknya, jadi mereka banyak membantu saya semasa penggambaran.

Apabila ditanya mengenai rumusan keserasian mereka, jawab Nam Joo-hyuk ia adalah ‘keanakan dan cemerkap’,

Zaman muda itu sendiri.

netflix twenty five twenty one

Kredit: Netflix

Manakala ulas Kim Tae-ri pula,

Kenaifan. Kesemua perkara kurang biasa yang dicuba mereka buat pertama kali adalah titik menarik drama ini.

Kelakar apabila Nam Joo-hyuk berkongsi bahawa mereka berdua pernah berlakon dua kali di dalam iklan yang sama namun langsung tidak mengingati satu sama lain. Maknanya keserasian itu dah ada kan?

Drama comeback Kim Tae-ri

Lebih biasa dilihat dalam filem, sudah pasti kepulangan Kim Tae-ri dalam arena K-Drama dinantikan ramai.

Komen pelakon itu mengenai drama ini,

Skripnya sangat menyeronokkan. Terdapat pelbagai genre thriller kini, dan di antaranya, drama ini sangat cantik, menggetarkan jiwa dan menaikkan semangat. Hee-do ialah seorang yang ceria dan bertenaga. Saya suka kerana dia merupakan satu watak yang belum pernah dimainkan saya.

Bukan itu sahaja, ini juga menandakan kali kedua Kim Tae-ri bekerjasama dengan pengarah Jung Ji-hyun selepas “Mr. Sunshine” yang ditayangkan pada 2018. Kamceng!

netflix twenty five twenty one

Kredit: Netflix

Babak fencing mengujakan

Paling mengujakan ialah babak fencing yang akan dipertontonkan dalam drama ini nanti. Kalau anda nak tahu, watak yang dilakonkan oleh Kim Tae-ri dan Bona iaitu Na Hee-do dan Go Yu-rim merupakan musuh dek bermain dalam arena sukan yang sama.

Jelas Bona, mereka berdua berlatih selama berbulan-bulan dengan bekas pemenang pingat emas untuk sukan fencing bagi menampilkan cerita yang realisitk.

Saya bermula berlatih tiga bulan lebih awal daripada Tae-ri, namun dia berlatih pada setiap pagi. Ketika itu, kami menangis dan ketawa semasa berlawan dan berlatih. Tempoh itu nyata membantu apabila kami menjalani penggambaran.

Bahkan mereka sering berlawan dan jikalau salah seorang kalah, pasti mereka akan menjadualkan perlawanan baru pada minggu berikutnya. Mesti hebat kan skill mereka?

netflix twenty five twenty one

Kredit: Netflix

Mesej buat penonton

Tidak meminta banyak, Nam Joo-hyuk berharap agar drama ini bakal menyejukkan hati setiap penonton.

Saya harap ia akan menjadi naskhah yang terik, seperti sedang mendekati musim bunga.

Kongsi Choi Hyun-wook pula, drama ini membuatkan dirinya beremosi dan bergenang air mata,

Sepertinya saya benar-benar melalui kehidupan pada 1998. Saya merasakan ada persona yang akan membuatkan anda terus jatuh cinta di dalam drama ini.

netflix twenty five twenty one

Kredit: Netflix

Tambah Lee Joo-myung pula,

Kunci utama drama ini ialah keserasian. Saya berharap agar anda menjangkakan keserasian antara kami.

Saksikan “Twenty Five, Twenty One” bermula 12 Februari ini di Netflix. Jangan terlepas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...