Ikuti Kami:

“Saya Menangis..” – Berat Turun, Pelakon Ganti Kongsi Keperitan Perlu Menari Seksi Dalam ‘Mask Girl’

“Saya Menangis..” – Berat Turun, Pelakon Ganti Kongsi Keperitan Perlu Menari Seksi Dalam ‘Mask Girl’

Seprtinya babak tarian dalam “Mask Girl” sebenarnya bukanlah dilakonkan oleh teraju utama iaitu Lee Han-byul dan Nana.

Dalam satu entri terbaru, model bernama Zizian memuat naik beberapa keping gambar dan mendedahkan bahawa dia bekerja keras sebagai pelakon ganti untuk babak tarian Kim Mo-mi sejak tahun lepas,

Saya mula berlatih sejak Januari tahun lalu dan memulakan penggambaran pada Ogos tahun berkenaan sebagai penari ganti untuk ‘Mask Girl’ Mo-mi.

Akuinya, dia berlatih selama 2 ke 3 jam sehari dan 3 ke 4 hari seminggu bersama penari profesional. Walaupun keseluruhan tariannya tidak disiarkan, namun wanita tersebut mengakui kepenatan selepas merakamkannya,

Saya selalu jatuh terjelepok di lantai bilik tarian dan termengah-mengah seperti patung.

Tambahnya lagi,

Saya kehilangan berat sebanyak 3kg ke 4kg dan wajah saya kelihatan seperti tengkorak. Kini, berat saya dah kembali normal tapi lemak pada dada dan wajah tak kembali semula.

Untuk pengetahuan, “Mask Girl” membawa kisah mengenai Kim Mo-mi yang merupakan pekerja pejabat biasa di siang hari namun berubah menjadi BJ internet di malam hari. Oleh kerana kecaman masyarakat dek wajahnya yang kurang menyerlah, wanita tersebut terpaksa menggunakan medium itu untuk meluahkan bakat terpendam namun kehidupannya berubah selepas satu insiden berdarah tak dijangka.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...