Ikuti Kami:

Debut Dalam ‘Mask Girl’ Dek Kalahkan 1000 Calon Lain, Lee Hanbyul Dipuji Berani Bawa Watak Provokatif

Debut Dalam ‘Mask Girl’ Dek Kalahkan 1000 Calon Lain, Lee Hanbyul Dipuji Berani Bawa Watak Provokatif

Bukan senang nak memulakan karier seni dengan persaingan yang sengit selain diiringi pelakon senior hebat.

Begitulah yang dilalui Lee Han-byul apabila dia berlakon buat pertama kalinya dalam drama menerusi siri “Mask Girl” di Netflix. Lebih mengagumkan apabila wanita itu berjaya mengalahkan 1000 peserta lain dalam uji bakat tersebut.

Ulasnya dalam penggambaran majalah pertama mengenai peluang itu,

Apa yang saya belajar tiada kaitan langsung dengan lakonan. Apabila saya mencapai penghujung 20-an, baru lah saya mendekati bidang lakonan dengan jujur dan mula muncul dalam filem pendek.

Tambahnya lagi,

Saya berjumpa pengarah Kim Yong-hoon selepas menyertai beberapa uji bakat namun ia tak terhenti di situ sahaja. Saya mengabdikan diri untuk audisi itu selama 4 bulan lamanya.

lee hanbyul mask girl

Apabila ditanya sebab utama dia dipilih menyertai “Mask Girl”, jawab Lee Han-byul,

Mo-mi gagal merealisasikan impiannya kerana sebab yang tidak dapat diubahnya, jadi dia muncul dengan topeng dan muncul dalam siaran. Mungkin pengarah merasakan ada sesuatu yang sama dengan keinginan Mo-mi dan cara saya menjalani kehidupan dan bersedia untuk berlakon.

Dalam pada itu, rata-rata penonton meluahkan rasa kagum kerana Lee Han-byul berjaya membawa watak provokatif dengan hebat dalam percubaan pertamanya dalam dunia K-Drama.

Malah dia tidak kisah tampil tidak berbaju dalam beberapa watak selain berpakaian seksi demi menghidupkan watak Mo-mi yang dahagakan perhatian ramai meskipun hanya dalam dunia maya memandangkan dunia nyata tidak begitu baik dengannya.

Korang dah tengok ke “Mask Girl”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...