Sejak beberapa hari ini, drama “Mask Girl” di Netflix terus menjadi bualan peminat K-Dram di serata media sosial.
Drama 7 episod ini membawa kisah Kim Mo-mi, seorang pekerja pejabat yang tidak yakin dengan wajahnya dan aktif sebagai streamer Internet di malam hari dengan memakai topeng. Walau bagaimanapun, kehidupannya berubah selepas terpalit dengan satu kejadian yang tak disangka.
Seperti webtoon, “Mask Girl” menampilkan kesemua babak provokatif tanpa batasan namun sepertinya ada antaranya yang menimbulkan rasa kurang selesa penonton.
Tambahan pula, babak yang dilakonkan Nana di mana dia memasuki penjara selepas mengakui terlibat dengan kematian seorang lelaki yang cuba mencabulinya. Semasa memasuki penjara, wanita itu diminta untuk membuka bajunya sebagai langkah pemeriksaan selain disuruh menunduk dalam keadaan bogel.
Walaupun berkemungkinan besar, babak itu menggunakan pelakon ganti namun masih ramai yang mempersoalkan sama ada babak sedemikian perlu diselitkan dalam drama berkenaan.
Dalam pada itu, “Mask Girl” tersenarai tinggi di laman Netflix beberapa negara seperti Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Qatar, Singapura dan banyak lagi.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.