Ikuti Kami:

Cacahan Tatu Penuh Badan Dipersoal, Agensi Nana Beri Respon

Cacahan Tatu Penuh Badan Dipersoal, Agensi Nana Beri Respon

Rasanya ramai yang terkejut apabila melihat penampilan terbaru Nana, bekas After School dalam sidang media filem “Confession” baru-baru ini.

Kelihatan elegan sebelum ini, Im Jin-ah hadir dengan gaun terbelah menampakkan tatu dari bahu ke kakinya.

Dari apa yang dapat dilihat, ada labah-labah dan sawangnya di bahagian bahu ke atas lengan. Sehelai daun diletakkan di bahagian tulang selangka dan dada. Bukan itu sahaja, lukisan seperti ular, bunga, muka Batman, planet dan perkataan yang berjaya menjadi sebutan ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANA (@jin_a_nana)

Tidak pasti sama ada ini ialah tatu kekal mahupun pelekat sahaja, respon agensinya apabila foto berkenaan tular,

Tolong faham agak sukar untuk memberikan jawan kerana ia adalah hal peribadi artis.

Dalam filem “Confession”, Nana, So Ji-sub dan Kim Yun-jin berkolaborasi bagi menjayakan cerita itu. Bekas ahli After School itu akan membawa Kim Se-hee iaitu wanita yang merupakan kunci utama untuk kes pembunuhan dalam sebuah bilik misteri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...