Ikuti Kami:

“Saya Melahirkan Anak Saya Sambil Dengar Lagu BTS Hingga Jam 2 Pagi..” – Honey Lee

“Saya Melahirkan Anak Saya Sambil Dengar Lagu BTS Hingga Jam 2 Pagi..” – Honey Lee

Pada 24 Disember, Honey Lee telah memuat naik satu video baru sempena Hari Natal di saluran YouTube peribadinya.

Pada awal video, Honey Lee menyapa peminat setelah sekian lama dia tidak melancarkan video baru.

Saya kembali selepas mengambil waktu rehat yang singkat. Saya fikir saya tidak sepatutnya membiarkan 2022 berlalu begitu sahaja, jadi saya tergesa-gesa datang ke sini untuk mengucapkan salam kepada awak semua.

Kemudian, pelakon itu meneruskan dengan menghias pokok Krismas sambil menjawab beberapa soalan dari peminat.

Untuk pengetahuan, Honey Lee telah menyambut kelahiran anak sulungnya beberapa bulan lepas. Oleh itu, ada peminat yang bertanya kepadanya apakah perasaannya menjadi seorang ibu. Jawab pelakon itu,

Saya tidak tahu saya akan menjadi seperti ini tetapi ia benar-benar menakjubkan. Ia akan menjadi pengalaman yang luar biasa untuk lelaki menjadi seorang bapa tapi saya merasakan bahawa ini adalah tahap emosi tertinggi dan tahap kepuasan serta kegembiraan tertinggi yang boleh dirasai sebagai seorang wanita.

honey lee bts

Selain itu, Honey Lee turut menceritakan kisahnya ketika melahirkan cahaya mata perempuan pertamanya. Dia berkongsi,

Daripada menguap sambil mendengar muzik klasik, saya juga menyebut perkara ini kepada BTS ketika bertemu dengan mereka, tetapi saya sebenarnya melahirkan anak sejurus selepas menari mengikut lagu BTS hingga 2 pagi. Lagu itu tajuknya ialah ‘Dynamite’.

Tambahnya lagi secara tersenyum,

Semua orang, dengar lagu BTS. Bayi awak akan keluar.

Bagi yang belum tahu, Honey Lee telah berkahwin dengan lelaki bukan selebriti pada Disember 2021 dan melahirkan anak pertamanya pada Jun lalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...