Ikuti Kami:

Penampilan Pertama Selepas Jadi Ibu, Honey Lee Ulas Watak Dalam Filem ‘Phantom’

Penampilan Pertama Selepas Jadi Ibu, Honey Lee Ulas Watak Dalam Filem ‘Phantom’

Selepas menjadi ibu, Honey Lee nampaknya sudah membuat penampilan pertamanya menerusi filem “Phantom”.

Terbaru pada 19 Disember, sidang akhbar untuk filem “Phantom” telah diadakan di Seoul dan dihadiri pengarah Seol Kyung-gu serta pelakon Honey Lee, Park So-dam, Park Hae-soo dan Seo Hyun-woo.

Untuk pengetahuan, “Phantom” ialah sebuah filem aksi pengintip berlatarkan era penjajahan dan mengikuti sekumpulan individu yang semuanya disyaki sebagai pengintip yang dikenali sebagai ‘Phantom’.

Ketika di acara itu, Honey Lee berkongsi bahawa dia melakukan banyak persediaan untuk memainkan babak aksi dalam naskhah berkenaan. Kongsinya,

Saya secara peribadi merasakan banyak daya tarikan, dan ia adalah watak yang sangat saya sayangi.

honey lee

Tambah pelakon itu lagi,

Saya benar-benar rasa seperti saya hidup semula semasa melakukan aksi itu. Saya sudah melakukan babak aksi dalam ‘Extreme Job’ dan ‘Wonder Woman’, dan saya tertanya-tanya adakah saya membuat persediaan sehebat yang saya lakukan dalam ‘Ghost’ ini.

Dalam pada itu, filem “Phantom” bakal ditayangkan pada 18 Januari 2023 nanti.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...