Ikuti Kami:

“Saya Masih Tak Ada Duit Waktu Itu” – Changsub BTOB Kongsi Kesukaran BTOB Ketika Awal Debut

“Saya Masih Tak Ada Duit Waktu Itu” – Changsub BTOB Kongsi Kesukaran BTOB Ketika Awal Debut

Masih ingat kumpulan BTOB? Kumpulan kegemaran korang ke tidak…

Menerusi sesi temu bual bersama saluran HeyNew, luahan Chang-sub berjaya menyentuh perasaan peminat mengenai cabaran yang mereka lalui.

Pada awal temu bual tersebut, Chang-sub bersua muka dengan ibu-bapa para peminatnya yang berkongsi luahan hati mereka melalui surat. Chang-sub juga berbual secara mendalam bersama ibu-bapa yang dijemput.changsubSalah seorang peminat yang menghantar surat, meluahkan kebimbangannya jika dia tidak dapat mengecapi impiannya seperti rakan-rakannya yang lain.

Sewaktu saya berumur 25 tahun, kebanyakkan kawan-kawan saya sudah mencapai impian mereka dan sudah mempunyai kerjaya yang stabil. Manakala, saya masih membuat kerja separuh masa. Jadi saya berfikir bersendirian, “Sampai bila saya hanya akan berkerja separuh masa?” Saya rasa sedih dan kasihan memikirkan kedua orang tua saya. 

Tambahan pula, peminat tersebut berkata bahawa di sebalik kesukaran yang dia hadapi, lagu-lagu Chang-sub dan BTOB berjaya menenangkan hatinya. changsubSetelah membaca luahan hati peminat tersebut, Chang-sub segera berbual bersama si ayah. Dia berkata,

Saya rasa sesiapa yang sudah mengecapi impian mereka sewaktu berumur 25 tahun adalah terlalu cepat.

Kemudian, ayah kepada peminat tersebut bertanya kepada Chang-sub, bagaimana waktu dia masih berumur 20-an. Dia berkata,

Sukar bagi saya untuk mengecapi impian saya. Saya tidak mempunyai sebarang pendapatan sehingga saya berumur 25 tahun. Saya debut pun pada umur 22. 

Chang-sub berkongsi bahawa, pada waktu itu banyak kumpulan yang baru sahaja debut. Dek kerana itu, terlalu banyak persaingan yang perlu mereka hadapi sewaktu baru melangkah ke dalam industri. changsubSama sahaja seperti peminatnya, dia juga pernah risau dengan jalan yang dipilih kerana khuatir ianya tidak boleh membawa dirinya kepada kejayaan.

Saya banyak kali memikirkan soal ini. “Adakah saya perlu meneruskan semua ini?” “Adakah BTOB akan berjaya sebab saya sering gagal…”

Walaubagaimanapun, Chang-sub memutuskan untuk meneruskan perjalannya dan memfokuskan diri kepada tujuan utama BTOB.

Saya rasa saya perlu membuat apa sahaja yang saya mahu dan saya akan meneruskan dengan tujuan utama BTOB. Selepas itu, semuanya berjalan dengan baik. Jadi, saya berharap, agar anda semua turut mencari tujuan utama hidup sendiri dan mengikut kemahuan sendiri. Cari sahaja apa yang kalian suka dan yang anda bagus, mulakan dengan baik dan satu per satu. 

Betul itu… kita ikut sahaja hala tuju kita sendiri…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...