Ikuti Kami:

“Saya Masih Rookie, Saya Kena Bersikap Terbuka Dengan Kritikan Penonton” – Tiffany SNSD

“Saya Masih Rookie, Saya Kena Bersikap Terbuka Dengan Kritikan Penonton” – Tiffany SNSD

Korang suka tak tengok lakonan Tiffany Young dalam “Reborn Rich”?

Terbaru, menerusi satu sesi temu bual yang diadakan bersama pihak media, Tiffany Young atau lebih dikenali sebagai Tiffany Girls’ Generation, sempat berkongsi pandangannya mengenai penglibatan dalam drama tersebut.

Melihat kepada kerjasamanya bersama Song Joong-ki dan juga Oh Se-hyun, Tiffany menjawab persoalan media apabila mereka ingin mengetahui keberadaan ‘Rachel’.

Saya berasa lega sebab penonton semua tertanya-tanya tentang apa yang terjadi kepada Rachel. Apabila kali pertama saya membaca skrip mengenai watak Rachel, saya rasa ini adalah watak yang mempunyai pelbagai kemungkinan. Saya suka bila penonton macam, “Ke mana Rachel pergi?”, “Apa yang Rachel sedang lakukan sekarang?”.

Pun begitu, Tiffany turut berkongsi mengenai kritikan yang diterima oleh sesetengah penonton, yang mana mereka menganggap kehadirannya dalam kalangan pelakon hebat dan veteran, adalah sebagai ‘pengganggu’.

Dia berkata,

Sebagai penghibur, saya perlu sentiasa bersikap terbuka dengan kritikan dan cadangan yang saya terima daripada penonton mahupun peminat. Saya akan selalu cuba fikirkan semula apa yang mereka katakan untuk saya terus perbaiki diri di masa hadapan.

Tiffany menyambung,

Dalam dunia lakonan, saya masih rookie. Jadi, ketika di set penggambaran, babak-babak yang perlu dibawa perlu dilakonkan mengikut haluan dan skrip yang telah ditetapkan, sebelum ianya disunting sebelum dipaparkan ke layar. Saya hanya perlu terima jika ada sebarang perubahan yang dilakukan dan sudah diputuskan untuk menjadi produk akhir.

Apa yang saya boleh katakan, saya melakonkan watak saya mengikut haluan yang diberi dan bukannya mengikut sudut pandangan saya sahaja. Saya percaya, bila saya terlibat dengan lebih banyak projek, saya akan membawa karakter saya sendiri tapi saya akan masih mengikut skrip dan juga arahan daripada pengarah. 

https://twitter.com/tiffany_univrse/status/1607033783861252096

Akhir sekali Tiffany berkata,

Projek ini sendiri merupakan satu bahan pengajaran bagi saya. Apa yang ingin saya ambil peduli, adalah di mana saya boleh baiki, bagaimana saya boleh lebih menjiwai setiap watak yang saya lakonkan.

Penonton ni main kritik aje… menjadi apa watak Rachel?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...