Ikuti Kami:

“Saya Marah Betul Lah” – Park Jihyun Ulas Babak Bersama Kim Namhee Dalam ‘Reborn Rich’

“Saya Marah Betul Lah” – Park Jihyun Ulas Babak Bersama Kim Namhee Dalam ‘Reborn Rich’

Macam mana ending korang dengan drama “Reborn Rich”?

Terbaru, JTBC ada menyiarkan satu video di mana Park Ji-hyun dan Kim Nam-hee, berbual mengenai babak yang mereka lakonkan bersama dalam drama hit, “Reborn Rich”. reborn richSeperti yang korang tahu, menerusi drama itu, Park Ji-hyun memegang watak sebagai Mo Hyun-min, seorang anak kepada pemilik syarikat surat khabar terbesar, manakala Kim Nam-hee memegang watak sebagai Jin Sung-jun, salah seorang daripada keluarga kaya yang mempunyai syarikat terbesar di Korea, iaitu syarikat Soon Yang.

Mo Hyun-min dan Jin Sung-jun berkahwin dek kerana aturan keluarga dan mereka pula mempunyai hubungan yang agak pelik di mana mereka boleh menyayangi dan membenci antara satu sama lain dalam masa yang sama. reborn richTerdapat satu babak di mana, watak Jin Sung-jun mengetahui kelemahan Mo Hyun-min dan dia berkata kepada si isteri,

Mari kita bermain permainan di mana kita berdua boleh menang okay?

Selepas berkata demikian, Kim Nam-hee sempat meletakkan pelembap bibir sebelum mengusap air mata di wajah Park Ji-hyun. Setelah itu, Park Ji-hyun berkata,

Bahagian ini awak olah sendiri kan? Saya sangat marah ketika ini sebenarnya sebab saya terpaksa tertunggu seperti itu. Itu adalah kali kedua saya jadi betul-betul marah sewaktu penggambaran “Reborn Rich” dan itu kali pertama saya rasa marah terhadap kamu.

reborn richSelepas babak itu, watak Jin Sung-jun perlu keluar dari balik untuk menyapa tetamu, namun dek kerana pergaduhan bersama Mo Hyun-min, dia terpaksa berpura-pura senyum di hadapan tetamu.

Kim Nam-hee terus tertawa dan berkata,

Saya pernah berbuat demikian sewaktu di majlis perkahwinan sebenar saya juga. Saya terpaksa terus kekal tersenyum walaupun saya berasa sangat penat ketika itu. 

Park Ji-hyun turut bekata bahawa itu adalah antara babak yang dia betul-betul rasa hampir ‘gila’ dan marah kerana ianya sangat ‘real’ dan terkesan buat dirinya sendiri.

Menjadi la kan lakonan dorang sebenarnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...