Ikuti Kami:

Rating ‘Reborn Rich’ Lepasi Rekod Dipegang ‘SKY Castle’

Rating ‘Reborn Rich’ Lepasi Rekod Dipegang ‘SKY Castle’

Nampaknya “Reborn Rich” merupakan drama Korea yang paling disukai ramai kini!

Ini terbukti apabila rating siri JTBC berkenaan terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada saban episod.

Untuk episod terbaru ini, “Reborn Rich” telah mencatatkan rating sebanyak 24.9% sekaligus menolak rekod yang dipegang oleh “SKY Castle” di tempat ketiga dalam ranking drama saluran kabel dengan catatan rating tertinggi.

jtbc reborn rich

Dalam episod terbaru ini, Jin Do-joon mengalami krisis yang tidak dijangka apabila datuknya, Jin Yang-cheol tidak meninggalkan sebarang harta buatnya di dalam wasiat lantas dia mula bertempur dengan ahli keluarga yang lain.

Jika “Reborn Rich” dapat terus memaparkan trend rating menaik, mungkin ia akan dapat mengalahkan rekod yang dipegang oleh “The World Of The Married” (28.4%) pada episod akan datang.

Hebat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...