Ikuti Kami:

Plot Twist Tak Dijangka, Rating ‘Reborn Rich’ Buat Pertama Kali Cecah 20%

Plot Twist Tak Dijangka, Rating ‘Reborn Rich’ Buat Pertama Kali Cecah 20%

Rasanya semua peminat K-Drama tidak terlepas menonton “Reborn Rich” pada saban minggu.

Terbaru, drama itu mencipta rekod peribadi baru termasuklah catatan terbaik di JTBC pada tahun 2022 dengan mencapai rating setinggi 21.1%. Kalau anda nak tahu, ini merupakan pertama kali “Reborn Rich” berjaya melepasi angka 20%.

Dalam episod terbaru ini, Jin Yang-cheol (Lee Sung-min) mula menjejaki dalang sebenar disebalik kemalangan sebenar yang hampir meragut nyawanya. Walau bagaimanapun, semasa hampir mendedahkan identiti penjahat berkenaan, lelaki tua itu secara tiba-tiba hilang kewarasan lantas mengejutkan penonton.

jtbc reborn rich

Untuk pengetahuan, “Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Ianya diterajui pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Shin Hyun-been, Lee Sung-min dan ramai lagi.

Tak sabarnya nak tunggu episod minggu hadapan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...