Ikuti Kami:

Meski Watak Sampingan, Penonton Puji Aura Park Jihyun Dalam ‘Reborn Rich’

Meski Watak Sampingan, Penonton Puji Aura Park Jihyun Dalam ‘Reborn Rich’

Ramai nampaknya pelakon “Reborn Rich” yang menjadi sebutan ramai kini.

Biasa membawa watak antagonis sebelum ini seperti dalam “Yumi’s Cells”, Park Ji-hyun sekali lagi membuktikan watak pewaris kaya bercita-cita tinggi bernama Mo Ji-hyun dalam drama ini.

Berkahwin dengan cucu sulung pewaris Soonyang (Kim Nam-hee), Mo Ji-hyun menampilkan watak wanita urban yang dalam diam menyimpan perasaan buat Jin Do-joon (Song Joong-ki). Pun begitu, dia terus berlagak bahagia bagi memastikan suaminya berjaya menjadi tunggal tunggal dalam empayar tersebut.

park jihyun reborn rich

Bukan sahaja lakonan, gaya yang dibawanya sangat bersesuaian dengan latar belakang 1990-an. Walaupun fesyen lama, namun visual elegan Park Ji-hyun berjaya menghidupkan lagi watak itu.

Untuk pengetahuan, “Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Ianya diterajui pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Shin Hyun-been, Lee Sung-min dan ramai lagi.

Cantik kan Park Ji-hyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...