Ikuti Kami:

“Saya Makin Berusaha” – Tepis Kontroversi, Kelakuan Aktif Song Jihyo Dalam ‘Running Man’ Dipuji

“Saya Makin Berusaha” – Tepis Kontroversi, Kelakuan Aktif Song Jihyo Dalam ‘Running Man’ Dipuji

Walaupun menerima kritikan hebat sebelum ini kerana dikatakan ‘kurang bersemangat’ dan ‘senyap’ ketika penggambara “Running Man”, Song Ji-hyo membuktikan bahawa dia bukan lah seperti yang disangka.

Dalam episod terbaru program itu, wanita berkenaan membuktikan dia sebagai ‘pari-pari reaksi’ dek pelbagai situasi tak dijangka. Ketika salah satu misi, para ahli perlu menutup mata dan cuba meneka menerusi sentuhan apa yang terdapat dalam kotak misteri.

Dikenali sebagai penakut apabila melibatkan ‘hantu’ dan ‘serangga’, Song Ji-hyo tak dapat menahan perasaan untuk menjerit dan menggigil semasa mencuba untuk memegang objek misteri itu. Bahkan dia menimbulkan ketawa ahli lain dan mereka sempat mengusik apabila dia kerap menjerit ‘oppa’,

Oppa yang mana satu awak panggil ni? Adakah dia benar-benar disampuk hantu dan nampak bayangan lelaki?

Meskipun tidak keruan, namun Song Ji-hyo membuktikan kehebatannya apabila berjaya memenangi misi menakutkan berkenaan. Bukan itu sahaja, wanita itu turut memberikan reaksi yang menghiburkan apabila terpaksa memasuki rumah berhantu bersama Yang Se-chan.

song jihyo

Tak cukup dengan ketakutan, wanita itu turut terkejut hingga hampir jatuh apabila kakainya terpelecok,

Kalau berseorangan, kami penakut tapi kami bukan penakut apabila berdua.

Melihatkan sisi aktif wanita itu, penonton memberikan tepukan gemuruh buat perubahan yang dilakukan oleh Song Ji-hyo apabila menerima teguran dari umum sebelum ini.

Luahnya ketika menjadi tetamu “DdeunDdeun” sebelum ini,

Saya berterima kasih dengan Jae-suk dan Suk-jin ketika insiden itu. Yoo Jae-suk menghubungi dan bertanya, ‘Adakah awak ada membaca artikel?’. Saya jarang mencari nama sendiri di portal berita tapi saya membaca semua artikel berkaitan selepas menerima panggilan itu.

Jelasnya lagi, dia terus mengambil insiden itu sebagai pembakar semangat untuk dia lebih berusaha selepas ini. Bahkan dia meminta Ji Suk-jin dan ahli lain supaya memasukkannya sekali di dalam perbualan mereka dalam setiap episod.

Good jod Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...