Ikuti Kami:

“Rindu Episod Lama” – Dijaga Yang Sechan, Penonton Imbas Memori Song Jihyo Bersama Lee Kwangsoo

“Rindu Episod Lama” – Dijaga Yang Sechan, Penonton Imbas Memori Song Jihyo Bersama Lee Kwangsoo

Hampir 14 tahun bersama, sudah pastinya ahli “Running Man” mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain seperti keluarga.

Dalam episod terbaru program itu, kesemua ahli bersama tetamu Kang Hoon telah melalui misi istimewa musim panas iaitu ‘Episod Seram’. Kali ini, mereka perlu masuk secara berpasangan ke dalam rumah hantu dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Untuk Song Ji-hyo, dia dipasangkan bersama Yang Se-chan di mana kedua-duanya dikenali sebagai penakut apabila berhadapan dengan situasi meremang bulu roma ini. Sebelum memasuki rumah itu, wanita berkenaan berterusan memaut tangan adik lelakinya tersebut sambil memandang sekeliling dengan ragu-ragu,

Apabila berseorangan kami penakut tapi bila berdua, kami tak takut langsung. Tapi kenapa rumah tu dah buka lampu merah.

Diusik Yang Se-chan, Song Ji-hyo memegang erat tangannya sambil menjerit,

Kita masuklah sekali.

Melihatkan keakraban mereka ini, rata-rata penonton mengakui bahawa mereka teringatkan peristiwa Song Ji-hyo dan Lee Kwang-soo memasuki rumah hantu bersama dalam episod beberapa tahun lalu.

Komen mereka,

Suka tengok interaksi Se-chan dan Ji-hyo.

 

Rindunya Kwang-mong.

 

Rindunya episod lama.

 

Syok tengok Se-chan mengusik Ji-hyo.

 

Teringat Lee Kwang-soo.

Comel lah dorang~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...