Ikuti Kami:

“Saya Makan Sekali Je” – Trending Seluruh Dunia, Video Jungkook ‘Live’ Tak Pakai Baju Jadi Bualan

“Saya Makan Sekali Je” – Trending Seluruh Dunia, Video Jungkook ‘Live’ Tak Pakai Baju Jadi Bualan

ARMY mesti seronok kan kerana Jung-kook sering menemui mereka di Weverse?

Terbaru pada 28 Julai, Jung-kook telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse, di mana penyanyi itu mengambil masa untuk berborak bersama peminat.

Menarik perhatian peminat, ahli termuda BTS itu dilihat tampil dengan bahagian atas badannya terdedah, sambil berbaring di bawah selimut. Apabila peminat bertanya sama ada dia tidak berbaju, lelaki itu menjawab,

Ya, saya. Saya tidak akan menunjukkannya. Kena tutup rapat-rapat.

Kemudian, Jung-kook juga turut mengumumkan bahawa dia akan muncul di program muzik SBS “Inkigayo” pada 30 Julai nanti, untuk mempersembahkan lagu solonya “Seven”. Dia menyatakan keterujaannya,

Sudah lama sejak saya menghadiri program muzik dan saya teruja untuk jumpa ARMY.

jungkook bts

Sambungnya lagi dengan berkongsi bahawa dia sedang menjaga cara pemakanannya kini,

Saya perlu menurunkan berat badan sehingga Inkigayo. Saya hanya makan sekali sehari sebagai sebahagian dari diet saya.

Pada hari yang sama, nama Jung-kook serta pelbagai tagline lain seperti ‘HE’S NAKED’ telah trending di Twitter seluruh dunia, cecah puluhan ribu tweet.

Amboi Jung-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...