Ikuti Kami:

“Saya Mahukan Dia” – Luahan Jung Sungil Buat Song Hyekyo Dalam Trailer ‘The Glory 2’ Bikin Teruja

“Saya Mahukan Dia” – Luahan Jung Sungil Buat Song Hyekyo Dalam Trailer ‘The Glory 2’ Bikin Teruja

Semakin mendekati 10 Mac, semakin tak sabar penonton mahu mengetahui apakah nasib pembalasan dendam Moon Dong-eun dalam bahagian kedua “The Glory”.

Terbaru, jangkaan semakin meningkat apabila trailer pendek siri itu telah ditayangkan dalam program “Hong Jin-kyung’s Cinematic Virtuous Life”.

Dalam trailer itu, Park Yeon-jin (Lim Ji-yeon) bersemuka dengan suaminya, Ha Do-young (Jung Sung-il) dan mempersoal sebab dia bermain ‘baduk’ bersama Moon Dong-eun (Song Hye-kyo). Balas lelaki itu,

Saya hanya ingin tahu pada awalnya. Saya menunggu dan tidak berjumpa buat seketika dan mahu mengalahkannya.

netflix the glory 2

Balas Park Yeon-jin sinis,

Itu ialah curang. Macam mana pun awak menjelaskannya, ia ialah curang.

Ha Do-young bagaimanapun tidak berdiam diri dan memprovokasi isterinya dengan memberikan klu bahawa dia tahu kecurangan wanita itu bersama Jung Jae-joon (Park Sung-hoon).

Bukan itu sahaja, Jung Jae-jun turut ditumbuk Ha Do-young dalam klip itu apabila diberitahu bahawa Ye-sol ialah anak lelaki tersebut.

Tak sabarnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...