Ikuti Kami:

“Saya Tambah Berat Bagi Nampak Seksi” – Cha Jooyoung Ulas Watak Dalam ‘The Glory’

“Saya Tambah Berat Bagi Nampak Seksi” – Cha Jooyoung Ulas Watak Dalam ‘The Glory’

Macam mana dilihat pun, watak Choi Hye-jung di dalam drama “The Glory” sememangnya hanya boleh dibawa oleh Cha Joo-young.

Menerusi sebuah temubual bersama majalah Allure, pelakon wanita itu telah berkongsi lebih mengenai uji bakat yang dialuinya untuk mendapatkan watak itu. Katanya, dia meluahkan kemarahan kepada pengarah kerana tidak mendapat jawapan meskipun sudah beberapa kali menjalani uji bakat.

Pun begitu, disebabkan kemarahan itu, pengarah “The Glory” akhirnya menerima Cha joo-young kerana perwatakan yang seiras dengan Choi Hye-jeong.

cha jooyoung

Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun tersebut turut mendedahkan usaha yang diberikan olehnya bagi menjayakan watak antagonis berkenaan,

Bagi penampilan seksi Choi Hye-jeong, saya menaikkan berat sebanyak 5 ke 6 kilogram. Sebelum penggambaran, saya mengkaji watak saya namun tiada karakter seperti Hye-jung.

Bagi yang lama menantikan, bahagian kedua “The Glory” bakal menemui semua bermula 10 Mac ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...