“Saya Mahu..” – Penulis Bincang Kemungkinan Musim Kedua ‘Again My Life’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Rasanya ramai yang menantikan musim kedua “Again My Life” kan?
Artikel Berkaitan
Bagi yang menonton, pastinya anda tahu bahawa drama tersebut berakhir dengan kemunculan antagonis baru iaitu Pengerusi Cheon (Bae Jong-ok). Oleh sebab itu, ramai yang menebak siri adaptasi webtoon ini akan mempunyai sambungan. Jawab penulisnya,
Saya tak pasti. Ia bukannya sesuatu yang hanya boleh dirancang oleh penulis dalam projek berbentuk drama.

Tambahnya lagi,
Ia bukannya sesuatu yang ditentukan penulis tapi jika keadaan sekeliling membenarkannya, saya mahukan format bermusim.
Untuk pengetahuan, “Again My Life” diadaptasi dari webtoon dengan nama yang sama dan membawa kisah seorang pendakwa raya berdarah panas yang diberi peluang untuk menjalani kehidupan untuk kali kedua.
Haraplah ada…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




