Ikuti Kami:

“Kami Percayakan Lee Junki 100%” – Penulis ‘Again My Life’

“Kami Percayakan Lee Junki 100%” – Penulis ‘Again My Life’

Peminat K-Drama pastinya bersetuju sekiranya “Again My Life” disebut sebagai antara drama perundangan aksi yang terbaik untuk tahun ini.

Membawa kisah pendakwa raya berdarah panas yang mendapat peluang kedua untuk membalas dendam, drama SBS itu berjaya rating tertinggi sebanyak 12% semasa tayangannya.

Terbaru, penulis webtoon asal “Again My Life” telah menyertai sebuah temu bual bagi berkongsi mengenai pelbagai kisah mengenai projek itu.

lee junki

Penulis Yoo Jung-soo dan Kim Yu-ri mengucapkan terima kasih buat kesemua pelakon kerana berjaya menghidupkan setiap watak itu setaraf dengan naskhah asalnya. Komen mereka mengenai Lee Jun-ki,

Selepas menonton episod terakhir, saya berkata pada Lee Jun-ki, ‘Saya tak boleh bayangkan Kim Hee-woo tanpa Lee Jun-ki.’ Dia mendalami watak itu dengan sempurna. Keghairahan yang ditonjolkan buat projek ini adalah sangat hebat hingga saya bermuhasabah diri sebagai seorang penulis. Apabila penulis mempercayai pelakon, skrip akan lebih hidup dan dalam aspek itu, saya mempercayai Lee Jun-ki 100%.

“Again My Life” makin berseri kerana Lee Jun-ki kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...