Sedihnya bila drama aksi perundangan “Again My Life” sudah pun melabuhkan tirainya kelmarin.
Sinopsis
Ianya membawa kisah seorang pendakwaraya berdarah panas yang diberi peluang menjalani kehidupan keduanya.
Kejahatan tetap ada
[Amaran SPOILER]
Drama ini berakhir pelik apabila mayat Jo Tae-sub (Lee Kyoung-young) ditemui dan analisis DNA mengesahkan bahawa itu ialah badannya. Pun begitu, kejahatan merupakan satu wabak yang tak dapat dibendung apabila orang-orang yang bersekongkol dengan lelaki itu berkumpul di dalam sebuah bilik besar sambil diperhatikan oleh Kim Hee-woo (Lee Jun-ki).
Rupanya Jo Tae-sub selama ini dibantu oleh kuasa yang lebih besar iaitu CEO Chun Ho-ryung (Bae Jong-ok) dan wanita itu nekad untuk mengambil alih semuanya bagi membuktikan keluarganya adalag yang paling berpengaruh.
Pengakhiran drama ini sepertinya menggambarkan bahawa antagonis tak akan pernah mati dan mungkin ianya akan disambung ke musim yang baru.
Rating tinggi
Meskipun tidak dapat menandingi rating terbaik yang dicatatkannya dalam episod ke-15 iaitu 12%, namun “Again My Life” kekal dengan rekod dua digit iaitu 10.5% untuk episod terakhirnya.
Dalam pada itu, rata-rata penonton berpuas hati dengan hubungan rapat yang kian bercambah antara Kim Hee-woo dan Kim Hee-ah (Kim Ji-eun) lantas menanam harapan bahawa drama SBS ini bakal mempunyai musim kedua untuk menyaksikan lagi kesinambungan kisah mereka dan pertempuran baru bersama CEO Chun Ho-ryung.
Apa kata anda?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.