Ikuti Kami:

“Saya Mahu Kita Ada Memori Bersama” – V BTS Luah Keinginan Cipta Memori Dengan ‘Wooga Squad’

“Saya Mahu Kita Ada Memori Bersama” – V BTS Luah Keinginan Cipta Memori Dengan ‘Wooga Squad’

Akhirnya, yang dinantikan oleh peminat! Episod pertama rancangan hiburan JTBC, “IN THE SOOP: Friendcation” mula ditayangkan! Dah tengok ke tu?

Dalam episod pertama, lima orang sahabat itu iaitu Park Seo-joon, Park Hyung-sik, Choi Woo-sik, V BTS dan juga Peakboy akhirnya bakal pergi bercuti bersama setelah sekian lama.

Mereka tiba di Goseong, Gangwon-do yang mana merupakan destinasi percutian mereka. Sepanjang mereka bergerak ke destinasi, mereka sempat berbual antara satu sama lain. Percutian selama 4 hari itu sememangnya amat dinantikan oleh V disebabkan oleh satu impian yang tersemat di hati. V berkata,

Saya mahu membuat lebih banyak kenangan manis antara kita berlima.

vV menyambung lagi,

Saya sudah sering bersama ahli BTS tetapi bukan bersama Wooga Squad. Saya mahu kita bercuti bersama-sama sebelum Park Hyung-sik memasuki perkhidmatan askar. 

Setibanya di destinasi, Park Seo-joon terus ke bahagian dapur untuk memastikan semua barang keperluan, bahan makanan serta kemudahan lain mencukupi untuk mereka semua. psjPada waktu makan malam, mereka semua menjamah hidangan steak dan mash potatoes yang dimasak oleh Park Seo-joon sendiri. Dia turut berkata,

Saya tak begitu pandai masak tapi saya seronok bila orang lain makan masakan saya. 

Peakboy turut berkata,

Saya juga dengar memasak boleh tingkatkan keyakinan. Itu adalah antara perkara yang boleh buat seseorang bahagia.

woogaSeronoknya tengok dorang luangkan masa bersama…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...