‘Wooga Squad’ Akan Temui Penonton Di Disney+ Menerusi Rancangan ‘IN THE SOOP : Friendcation’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siap sedia semua untuk saksikan kekecohan ‘Wooga Squad’!
Bagi yang belum tahu, V BTS, Park Seo-joon, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik dan Peakboy, atau dikenali sebagai ‘Wooga Squad’ telah disahkan akan bersatu kembali untuk program “IN THE SOOP : Friendcation”, merupakan spin-off daripada siri “IN THE SOOP” yang sebelum ini disertai BTS dan SEVENTEEN.
Untuk pengetahuan, “IN THE SOOP” ialah siri realiti yang dihasilkan oleh HYBE Labels. Ia memberi peluang buat artis untuk ‘lari’ dari jadual sibuk mereka dan mencari penyembuhan di tengah-tengah alam semula jadi.
#IN_THE_SOOP : Friendcation Official Poster 1
✔️Premieres July 22
➡️JTBC : 7/22(금) 밤 9시 첫 방송 (KST)
➡️Disney+ : 7/22(금) 밤 11시 공개 (KST)✔️Cast : 박서준, 픽보이, 최우식, 박형식, 뷔
✔️New episodes on Disney+ every Friday at 11PM (KST)#인더숲 #우정여행 pic.twitter.com/EJizlIFmNC— IN THE SOOP Official (@INTHESOOP_TV) July 6, 2022
Terbaru, siri itu telah mengeluarkan poster rasmi bagi program “IN THE SOOP : Friendcation” yang menampilkan 5 sahabat ini, dan ianya bakal menemui penonton pada 22 Julai menerusi JTBC dan Disney+, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam!
Dalam pada itu, “IN THE SOOP : Friendcation” akan menunjukkan 5 sekawan itu memulakan perjalanan bersama selama empat hari.
Jangan lupa tonton tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




