Utama Celebrity News “Saya Mahu Jadi Ma Dongseok Kedua” – Son Sukku

“Saya Mahu Jadi Ma Dongseok Kedua” – Son Sukku

son sukku ma dongseok

Tidak dijangka, “The Roundup” menjadi filem pertama selepas beberapa tahun mencapai 10 juta tontonan di Korea selepas beberapa tahun.

Terbaru, para pelakon naskhah berkenaan telah menyertai sebuah sesi temuramah di Megabox COEX untuk berkongsi perasaan mereka.

Membawa watak antagonis, Son Suk-ku meluahkan rasa terima kasih buat Ma Dong-seok kerana memberikan inspirasi buatnya sebagai pelakon,

Semestinya saya banyak belajar sebagai pelakon dari pelakon lain tapi saya rasakan setiap pelakon mempunyai keinginan untuk menyampaikan kisah sendiri di dalam hati mereka. Terima kasih kerana memberikan motivasi untuk saya melakukan hal itu, jadi saya dapat melakukan aksi matang dan idea hebat seperti awak, dalam cara saya tersendiri. Terima kasih kerana membuatkan saya berimpian untuk menjadi Ma Dong-seok kedua. Terima kasih.

son sukku

“The Roundup” mengikuti pengembaraan menarik detektif legenda Ma Seok-do (Ma Dong-seok) dan skuad jenayah ganas balai polis ketika mereka mengejar penjahat baharu yang menawan Vietnam, Kang Hae-sang (Son Suk-ku).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNews1
Loading...