Ikuti Kami:

“Saya Mahu Buat Duit..” – Cuba Lari Dari Khidmat Ketenteraan, Ravi Dijatuhi Hukuman Penjara

“Saya Mahu Buat Duit..” – Cuba Lari Dari Khidmat Ketenteraan, Ravi Dijatuhi Hukuman Penjara

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Terdahulu, beberapa artis termasuk Ravi dan Nafla telah dituduh mendapatkan bantuan broker bagi memalsukan diagnos kesihatan lantas dapat mengelak daripada menjalani khidmat ketenteraan.

Terbaru, kedua mereka telah menghadiri perbicaraan untuk kesalahan tersebut dan mengakui kesalahan mereka. Meskipun kedua mereka menerima hukuman penjara, Ravi kelihatan tenang namun sugul manakala Nafla tidak dpat menahan tangisan.

Dituduh melarikan diri daripada khidmat ketenteraan dengan diagnosis palsu mengenai penyakit epilepsi, pendakwa raya meminta pemilik CEO itu dipenjarakan selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, peguamnya bersetuju dengan bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan namun meminta kelonggaran kerana klien sedang bermuhasabah diri dengan mengakui kesalahan itu.

ravi

Ulas Ravi di hadapan wartawan,

Saya membuat pilihan yang tidak sepatutnya semasa diminta untuk berkhidmat sebagai pekerja sosial kerana penyakit yang pernah saya hidapi dahulu dan agak sukar untuk menunda perkhidmatan lebih lama lagi.

Pada ketika itu, hanya saya yang membawa wang buat syarikat. Ia merupakan situasi di mana penalti berjumlah besar mungkin dikenakan. Saya membuat pilihan salah kerana terdesak mahu menangguhkan kewajipannya.

Tambahnya,

Lagi memalukan kerana saya bodoh dan tidak berfikiran kritikan terhadap pilihan sendiri. Sekarang saya sedar, fikiran saya hanya mementingkan diri sendiri. Sehingga kini, semasa perbicaraan, saya mempelakari mengenai kesilapan diri dan ramai terluka dengan perbuatan ini. Kesalahan dan kritikan yang berbangkit adalah tanggungjawab yang perlu saya pikul.

ravi

Ravi kemudian memohon maaf buat semua yang sekian lama menyokongnya selain rasa bersalah buat pesakit epilepsi dan keluarga mereka kerana menggunakan situasi ini tanpa rasa bersalah.

Dalam pada itu, Nafla pula menjelaskan bahawa dia membuat pilihan sedemikian kerana risau populariti akan menurun sekiranya tidak aktif lama.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...