Ikuti Kami:

Guna Diagnosis Palsu, Ravi VIXX Akui Dakwaan Cuba Elak Dari Khidmat Ketenteraan

Guna Diagnosis Palsu, Ravi VIXX Akui Dakwaan Cuba Elak Dari Khidmat Ketenteraan

Menurut laporan, waran tangkapan untuk Ravi VIXX telah dibatalkan selepas percubaan untuk melarikan diri dari khidmat ketenteraan.

Pada awal tahun ini, sekumpulan broker telah ditangkap atas dakwaan rasuah membantu klien mendapatkan diagnosis palsu penyakit epilepsi dari jabatan neorologi di hospital besar Seoul bagi mengelak dari memasuki khidmat ketenteraan atau mengurangkan gred ketenteraan. Broker ini kemudiannya mempromosikan diri dengan menguar-uarkan bahawa perkhidmatan mereka digunakan penyanyi rap idola popular.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa penyanyi rap itu telah menarik diri dari program “2 Days & 1 Night” dengan alasan untuk menyertai ketenteraan lantas nama RAVI dipetik orang ramai. Pada ketika itu, agensi lelaki itu mengesahkan bahawa mereka sedang meneliti dengan lebih lanjut situasi ini.

Waran tangkap untuk Ravi dimohon pada 2 Mac oleh pasukan siasatan khas untuk yang mengelak perkhidmatan ketenteraan di Mahkamah Daerah Seoul Selatan. Malah siasatan melibatkan lelaki itu terus berlangsung kerana mendapatkan perkhidmatan Mr. Gu, salah seorang broker berkenaan.

ravi vixx

Pada 6 Mac, ketua hakim Kim Ji-sook membatalkan permohonaan waran tangkap ke atas Ravi atas salasan bahawa dia sudah mengakui kesalahan itu dan tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri atau memusnahkan bukti.

Residen dan kariernya adalah stabil dan mengambil kira beberapa faktor, seperti ikatan sosial, sukar untuk mengatakan bahawa penangkapan perlu dilakukan ke atas suspek pada peringkat ini.

Dalam pada itu, mahkamah dikatakan telah menjalani perbicaraan bersama 23 individu termasuklah Mr. Gu dan dengan tambahan Ravi, khabarnya lebih 100 individu yang turut berada dalam industri hiburan dan sukan profesional sedang disiasat.

Bulan lalu, penyanyi rap Nafla yang turut bernaung di bawah satu bumbung bersama ravi ditangkap kerana melanggar Akta Perkhidmatan Ketenteraan dan menerima layanan istimewa semasa berkhidmat sebagai pekerja awam.

Macam tu je pertaruh kerjaya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...