Ikuti Kami:

Didakwa Palsukan Dokumen Kesihatan, Ravi VIXX Jawab Tuduhan Cuba Lari Dari Latihan Ketenteraan

Didakwa Palsukan Dokumen Kesihatan, Ravi VIXX Jawab Tuduhan Cuba Lari Dari Latihan Ketenteraan

Secara tiba-tiba, Ravi dari kumpulan VIXX terpalit kontroversi cuba lari dari latihan ketenteraan.

Menurut laporan, sekumpulan orang tengah telah ditangkap atas tuduhan menerima rasuah untuk klien yang meminta pemalsuan dokumen kesihatan. Khabarnya, mereka akan menghantar mereka di sebuah hospital di Seoul dengan memberikan diagnosis perubatan palsu bagi epilepsi dan membantu klien tersebut agar terkecuali dari perkhidmatan ketenteraan atau menerima gred ketenteraan lebih rendah.

Malah orang tengah itu turut mempromosikan diri mereka dengan mengatakan ada penyanyi rap popular yang menggunakan perkhidmatan mereka bagi mendapatkan analisis ketenteraan Gred 4 (perkhidmatan awam).

Laporan itu turut mendedahkan bahawa penyanyi rap itu menarik diri dari sebuah rancangan hiburan tahun lepas kerana latihan ketenteraan dan mendaftarkan diri sebagai pekerja am pada Oktober. Disebabkan itu, ramai yang menebak bahawa info itu dituju pada Ravi VIXX.

ravi vixx

Komen agensinya,

Hello, ini GROOVL1N.

Kami ingin menyampaikan kenyataan rasmi mengenai laporan yang keluar pada hari ini. Selepas menerima laporan ini, kami sedang meneliti kebenaran situasi berkenaan.

Sudah sepatutnya kami memberikan kenyataan secepat mungkin tapi kerana masalah ini berkaitan latihan ketenteraan, kami merasakan adalah lebih baik untuk mencari tahu maklumat mengenainya dan memberikan penjelasan lanjut nanti. Jadi, kami sedang cuba mengetahui hal sebenar. Dalam pada itu, jikalau ada permintaan untuk menjalani siasatan terhadap kes ini, (Ravi) akan menghadirinya pada masa yang diperlukan.

Maklumat lanjut akan dijelaskan dalam notis berbeza nanti.

Nantikan maklumat lanjut mengenai dakwaan ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...