Meskipun kelihatan bahagia dalam kesemua program disertai tapi Kim Jong-kook sebenarnya menyembunyikan perasaan mendalam yang tak diketahui sesiapa.
BACA: “Yoo Jaesuk Tak Nak Pandang Saya” – Ahli ‘Running Man’ Kekok Lihat Perut Song Jihyo
Dalam episod terbaru “My Ugly Ducklings”, Kim Jong-kook dan Lee Sang-min telah melawat pusat kaunseling untuk berjumpa pakar popular iaitu Yang Jae-jin dan Yang Jae-woong.
Selepas melihat ujian lelaki berbadan sasa itu, Yang Jae-jin mendedahkan bahawa dia memiliki ‘keinginan untuk menguasai’ di mana dia sering mahu mengawal orang, suasana dan situasi di sekelilingnya. Bukan sahaja dia perlu mengikutinya tetapi orang lain juga diminta untuk menuruti prinsip yang sama,
Tanya Kim Jong-kook,
Saya ada satu soalan, saya merasakan masalah sebenar saya ialah tidak mempunyai keinginan untuk barangan. Saya tidak mempunyai konsep mengenai pendapatan yang didapati saya, Saya selalu terfikir untuk membelanjakan untuk keluarga saya nanti dan bukan pada diri sendiri. Saya pernah terfikir, ‘Buat apa saya hidup?’, ‘Saya banyak kali terfikir ingin berhenti daripada semuanya dan pindah ke Amerika untuk membuka gim sendiri. Tapi saya tak boleh berehat, saya perlu terus bekerja.
Mendengarkan isi hati anak bongsunya itu, ibu Kim Jong-kook ternyata tidak mampu menyembunyikan air matanya.
Nasihat pakar kaunseling itu, Kim Jong-kook perlu berlatih untuk berehat dalam gaya terancang. Selain itu, dia diminta untuk mencari makna hidup bagi mengatasi fikiran berkenaan.
Nampaknya Kim Jong-kook menyembunyikan pelbagai benda..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉