Semakin meningkat usia, semakin sakan Song Ji-hyo menjalani eksperimen dengan pelbagai fesyen kini.
Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli telah menghadiri perjumpaan peminat pertama selepas 3 tahun tertangguh dek COVID-19 di Manila, Filipina.
Semasa di permulaan episod, seperti biasa mereka semua akan berbincang mengenai fesyen yang digayakn oleh setiap ahli. Tak seperti selalu, Yoo Jae-suk kelihatan kekok ingin menegur Song Ji-hyo yang memakai jaket crop top hingga menampakkan perut langsingnya,
Ji-hyo.. awak.. Ji-hyo.. saya.. awak nampak cool tapi ini kali pertama saya melihat perut awak.
Balas wanita itu,
Sekian lama tak melancong, saya ingin menayang perut saya.
Usik Kim Jong-kook apabila melihat Yoo Jae-suk tak tentu arah,
Rasanya tiada sebab untuk awak melihat perutnya..
Jelas pengacara itu lagi,
Seingat saya, ini kali pertama saya melihat perut awak secara terus begini..
Ujar wanita tersebut pula,
Yoo Jae-suk kelihatan malu, dia langsung tak nak pandang saya.
Akui lelaki itu jujur, dia berasa segan kerana jarang melihat Song Ji-hyo berpakaian seperti itu. Song Ji-hyo kemudiannya menjawab yakin,
Awak kena sesuaikan diri, sekarang kan generasi MZ.
Bukan sahaja Yoo Jae-suk, Haha yang lewat ke pembukaan episod itu juga tidak dapat memberikan sebarang reaksi apabila melihat ditanya mengenai penampilan Song Ji-hyo.
Macam tak biasa tengok Song Ji-hyo pakai seksi..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉