Sepertinya ‘Woo Young-woo’ meninggalkan impak yang besar buat Park Eun-bin.
Dalam episod terbaru “Yoo Quiz On The Block”, Park Eun-bin menjadi tetamu pertama selepas program itu kembali daripada rehatnya. Bukan sahaja bercerita mengenai hidupnya, wanita itu telah berkongsi tentang watak Woo Young-woo dalam “Extraordinary Attonrey Woo”.
Ucapnya buat watak itu,
Saya selalu berharap awak akan bahagia selamanya sejak pertama kali bertemu awak.
Meskipun pendek, namun ia meninggalkan impak yang bermakna. Malah dia tidak mampu menahan kesedihan,
Sedihnya.
Melihatkan Park Eun-bin yang beremosi, penonton dapat meneka bahawa pelakon tersebut sangat menyayangi watak berkenaan.
Kami pun akan sentiasa mengingati watak tersebut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.