Ramai kan yang sedang menantikan musim kedua “Extraordinary Attorney Woo”?
Dalam sebuah temubual eksklusif, Park Eun-bin berkongsi mengenai kemungkinan musim kedua siri berkenaan.
Saya hanya mengetahui tentang musim kedua menerusi artikel selepas drama ini tamat. Malah, saya masih tak pasti dengan masa hadapan kami.
Tambah wanita itu lagi,
Secara peribadi, saya merasakan drama ini disukai oleh ramai orang. Saya perlukan lebih banyak ketekunan dari pertama kali menyertainya bagi mencapai jangkaan semua. Tambahan pula, saya merasakan kami sudah menyimpannya kemas dalam peti harta karun dan kami perlu membukanya lagi, sSaya sedikit risau kristal yang cantik itu akan rosak.
Jelasnya lagi, dia tidak dapat memberi jawapan yang boleh memuaskan hati semua kerana ianya masih lagi jauh ke hadapan.
Apa pun, saya ingin menyampaikan bahawa sukar buat pelakon dan ia merupakan sesuatu yang perlu difikirkan lagi.
Nampaknya kita tunggu dahulu..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.