Ikuti Kami:

“Saya Lipat Baju Sampai Lima Jam” – Honey Lee Kongsi Persiapan Untuk Sambut Anak Pertama

“Saya Lipat Baju Sampai Lima Jam” – Honey Lee Kongsi Persiapan Untuk Sambut Anak Pertama

Honey Lee nampaknya amat teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya.

Semasa temu bual bersama majalah Vogue Korea baru-baru ini, Honey Lee berkongsi sebab dia bersetuju untuk menyertai penggambaran khas sambil menayangkan ‘baby bump’nya. Katanya,

Saya ingin menunjukkan bahawa tubuh wanita adalah ajaib seperti ini. Pada masa yang sama, saya mahukan arah baharu yang biasanya tidak kelihatan.

honey lee

Honey Lee juga bercakap tentang pertumbuhan yang dia alami sepanjang kehamilan dan berkongsi persiapannya untuk menyambut kelahiran anak pertama, sambil berkata,

Saya sudah belajar banyak dan saya yakin saya akan berkembang lebih baik apabila saya bersalin. Sebelum ini, saya tempah almari bayi. Walaupun saya memilih yang tidak toksik, saya tiba-tiba mendapati diri saya mengeluarkan setiap laci, membasuhnya dengan sabun dan mengelapnya dengan swab alkohol. Kemudian saya melipat semula dan menyusun pakaian bayi itu satu demi satu, yang mengambil masa kira-kira lima jam.

Dia menyambung,

Saya sangat terkejut dengan fakta bahawa saya boleh melakukan sesuatu yang saya tidak lakukan untuk diri saya sendiri, semata-mata untuk orang lain. Rasanya saya sedang bersiap sedia untuk menyambut kehidupan baharu.

honey lee

Sekadar info, Honey Lee telah berkahwin dengan teman lelaki bukan selebritinya pada Disember 2021 dan pasangan itu mengumumkan kehamilan mereka pada Januari lalu.

Tak sabar nak tengok anak pertama Honey Lee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...