Jarang menampilkan diri di khalayak ramai kini, pastinya ramai yang tertanya-tanya keadaan Gu Hye-sun kini.
Terbaru, kemunculan pelakon dan pengarah itu di ‘Anugerah Seni Filem Chunsa Ke-27’ nyata menjadi bualan ramai. Ini kerana wanita tersebut dilihat lebih ‘chubby’ daripada biasa.
Tampil dengan sut kemas dan skirt mini, pakaian itu telah menekankan lagi bentuk badannya yang nampak sedikit berbeza dengan imej yang biasa dibawanya. Pun begitu, pipinya yang tembam turut menerima pujian ramai kerana membuatnya tampil lebih muda.
View this post on Instagram
Sedar mengenai perbualan semua, ujar Gu Hye-sun di Instagram,
Berat saya naik kerana saya melalui masa yang sukar baru-baru ini. Saya akan tampil lebih baik sebelum menghadiri Festival Filem Antarabangsa Busan. Jom jumpa lagi pada 5 dan 6 haribulan di sana.
Untuk pengetahuan, Gu Hye-sun ada memaklumkan di Instagram bahawa rakan lamanya, anjing perliharaan bernama ‘Potato’ telah pun tiada baru-baru ini. Katanya,
‘Potato’ akan berada dalam hati saya selamanya.
Disebabkan oleh perkhabaran itu, ramai yang menebak pelakon “Boys Over Flower” itu mengalami sindrom kehilangan haiwan peliharaan di mana ianya dikatakan mempunyai impak yang sama seperti orang tersayang meninggalkan kita.
Semoga Gu Hye-sun baik-baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.