“Saya Berpisah Dengan Teman Lelaki..” – Goo Hyesun Dedah Sudah Putus Dengan Pasangan
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Pelakon dan pengarah Goo Hye-sun mendedahkan bahawa dia telah berpisah dengan teman lelakinya.
Dalam entri Instagram di mana Goo Hye-sun memuat naik beberapa gambar dirinya di sebalik tabir penggambaran iklan, aktres itu menulis kapsyen,
Saya berpisah dengan teman lelaki saya…
Untuk pengetahuan, Goo Hye-sun sebelum ini pernah menyatakan rasa sayangnya kepada teman lelakinya dan telah mendedahkan bahawa dia sedang bercinta pada Mac tahun lalu.
Nampanya, gambar-gambar yang dimuat naik seolah-olah meluahkan emosi aktres itu terhadap kehilangannya.

Sekadar info, Goo Hye-sun pernah berkahwin dengan pelakon Ahn Jae-hyun sebelum ini pada 2016, dan disebabkan beberapa isu yang berlaku, mereka telah sah bercerai pada 15 Julai 2020.
Semoga sentiasa kuat…
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




