Ikuti Kami:

Capai Kata Sepakat Semasa Rundingan Pertama, Ahn Jaehyun & Gu Hyesun Sah Bercerai

Capai Kata Sepakat Semasa Rundingan Pertama, Ahn Jaehyun & Gu Hyesun Sah Bercerai

Bagi siapa yang tahu, pasti anda tertanya-tanya mengenai proses penceraian di antara pasangan popular Gu Hye-sun dan Ahn Jae-hyun kan? Selepas menuntut penceraian pada September lepas, banyak hal dalam selimut mereka yang terdedah kepada umum.

Setelah sekian lama keputusan tergantung, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua Ahn Jae-hyun dan Gu Hye-sun sudah pun sah bercerai. Hal ini diumumkan selepas kedua wakil guaman mereka menghadiri sesi perbincangan penceraian di Mahkamah Keluarga Seoul kelmarin.

Ahn Jae-hyun dan Gu Hye-sun mencapai kata persetujuan untuk menyelesaikan hal penceraian mereka menerusi sidang perbincangan yang berlangsung pada 15 Julai 2020. Mereka kini akan melalui jalan hidup sendiri dan keduanya mengharapkan yang terbaik untuk masa depan masing-masing. Kami memohon maaf kerana hal peribadi mereka telah menyusahkan orang awam sehingga kini.

gu hyesun dan ahn jaehyun

Gu Hye-sun juga nampaknya tenang dan gembira dengan berita ini apabila dia telah memuat naik satu entri baru di Instagram dengan kata-kata yang positif.

Menuju ke arah kehidupan dengan penuh semangat.

 

View this post on Instagram

 

다시 파이팅 넘치는 삶으로^^

A post shared by 쿠 (@kookoo900) on

Akhirnya kedua selebriti ini boleh menarik nafas lega dan membuka lembaran hidup yang baru. Diharapkan agar Ahn Jae-hyun dan Gu Hye-sun akan terus mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang seni dan tidak menjadikan hal sedih ini sebagai penghalang untuk menuju ke masa masa depan yang lebih baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...