Ikuti Kami:

“Saya Kuat Menangis..”- Bakal Debut Solo, Seulgi Dedah Ahli RED VELVET Lain Beri Sokongan Padu

“Saya Kuat Menangis..”- Bakal Debut Solo, Seulgi Dedah Ahli RED VELVET Lain Beri Sokongan Padu

Siap sedia semua, Seul-gi RED VELVET bakal membuat debut solonya pada hari ini!

Pada 4 September, Seul-gi telah mengadakan sidang media bagi pelancaran album debut solonya “28 Reasons”, merupakan penampilan pertamanya sebagai penyanyi solo selepas 8 tahun dalam industri muzik.

Ketika sesi temu bual, Seul-gi meluahkan perasaannya bekerja secara sendirian dengan berkata,

Saya telah melakukan banyak aktiviti pada masa itu, tetapi bekerja secara sendiri adalah sangat menakutkan. Sudah lama saya membuat persediaan, tetapi saya tidak merasainya sehingga kini. Namun, semasa sidang media hari ini, ketakutan itu datang.

seulgi red velvet

Kemudian, idola itu turut mendedahkan bahawa dia mendapat sokongan teguh dari ahli RED VELVET lain ketika membuat persediaan untuk debut solo ini. Pada awalnya dia berkata,

Mereka memberi saya nasihat dan sokongan tanpa henti. Saya benar-benar mempunyai banyak kemahuan dan saya berasa sangat takut dengan ketiadaan ahli lain.

Sambungnya lagi dengan berkongsi sokongan dari Wendy dan Joy,

Saya menghantar mesej kepada Wendy dan Joy ketika melakukan penggambaran muzik video. Saya tanya kerana saya mahu dihiburkan. Wendy berkata pada saya ‘Seul-gi awak baik, awak boleh melakukannya’. Air mata saya keluar. Joy juga berkata, ‘Jangan risau, saya yang terbaik kerana unnie saya pandai dalam segala-galanya’.

Bukan itu sahaja, Seul-gi turut berkongsi bahawa Irene dan Yeri memuji hasil kerjanya untuk debut solo ini,

Ahli sangat menyokong saya. Saya berasa gembira Irene, Yeri dan semuanya mengatakan yang ianya sangat hebat. Tolong tulis artikel bahawa saya sangat sayangkan RED VELVET. Saya berterima kasih sangat.

seulgi red velvet

Seulgi kemudiannya menitiskan air mata sambil berkata,

Saya kuat menangis sejak kebelakangan ini.

Jangan lupa nantikan keluaran album solo Seul-gi “28 Reasons” bakal dilancarkan pada hari ini 4 Oktober, jam 6 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...