Ikuti Kami:

“Macam Filem Seram” – Video Trailer Debut Solo Seulgi RED VELVET Raih Perhatian

“Macam Filem Seram” – Video Trailer Debut Solo Seulgi RED VELVET Raih Perhatian

Siap sedia semua, Seul-gi RED VELVET bakal menemui peminat sebagai penyanyi solo tak lama lagi!

Pada 13 September, SM Entertainment mengumumkan bahawa Seul-gi akan membuat debut solonya dengan album mini pertama “28 Reasons”, bakal dilancarkan pada 4 Oktober nanti.

Bukan itu sahaja, video trailer pertama untuk penampilan Seul-gi sebagai penyanyi solo juga telah dikeluarkan.

Video tersebut memaparkan elemen yang menakutkan, menambah keterujaan peminat untuk menantikan konsep yang akan dibawa Seul-gi untuk debut solonya.

Antara komen peminat selepas melihat video trailer Seul-gi:

‘Humming’ di penghujung video ni buat saya seram.

 

Ia sangat bagus!!!!! Nampak seperti filem seram musim panas.

 

Adakah saya sedang menonton teaser drama seram? Saya sangat takut dan tak sabar!

 

Kang Seul-gi, awak betul-betul di luar jangkaan saya. Ini bukan solo debut penyanyi sahaja tetapi juga debut sebagai pelakon 🔥

Dalam pada itu, album “28 Reasons” akan mengandungi 6 buah lagu termasuk judul lagu dengan tajuk yang sama, dan Seul-gi merancang untuk menunjukkan muzik dan konsep yang unik kepada peminat.

Jangan lupa nantikan pada 4 Oktober nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...