Sandara Park telah menceritakan serba sedikit mengenai sejarah keluarganya.
Pada 15 April, Sandara Park telah menjadi tetamu dalam rancangan “Table For 4”. Di mana, ahli 2NE1 itu telah menceritakan sejarah keluarganya.
Sandara berkata,
20 Tahun lalu, saya telah berhijrah ke Filipina bersama dengan keluarga dan pada masa itu saya nak sangat jadi selebriti. Saya pergi ke satu ujibakat bersama dengan kawan saya dan saya dapat debut.
Sambungnya,
Pada masa itu saya masih bersekolah dan dalam masa yang sama sebab keluarga kami susah, saya automatik jadi ketua keluarga. Sejujurnya ianya sangat sukar. Terutamanya selepas ibu dan bapa kami bercerai.
Tambahnya lagi sambil menangis,
Saya kena fikir banyak benda dan saya tak tahu macam mana nk hilangkan tekanan yang saya rasa. Jadi, saya selalunya akan pendam dan sekali sekala pergi membeli belah.
Saya tak minum arak, pergi ke kelab malam ataupun bercinta kerana saya sedar akan tanggungjawab saya sebagai anak perempuan sulung dan juga ketua keluarga.
Besar pengorbanan Sandara kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.