Sandara Park telah meluahkan perasaan sayangnya terhadap kumpulan 2NE1.
Baru-baru ini, Sandara Park telah ditemu bual oleh pihak media ketika berada di Thailand. Di mana, penyanyi itu telah meluahkan azamnya buat tahun ini serta mendedahkan betapa pentingnya kumpulan 2NE1 di dalam hidupnya .
Katanya di dalam temu bual tersebut,
Saya rasa tahun ini merupakan permulaan yang baik jadi saya nak pastikan bahawa nama Sandara Park bukan sahaja diingati di dalam industri muzik, tetapi ianya turut diingati di rancangan hiburan serta dunia lakonan.
Tambahnya,
2NE1 ialah saya. Kenangan selama 7 tahun aktif bersama merupakan kenangan yang tidak akan pernah saya lupakan. Ianya sangat berharga dan memori itu juga buat saya ingin terus maju kehadapan.
Sambungnya lagi,
Walau apa jua keadaan yang menimpa, 2NE1 akan sentiasa menjadi rumah tempat saya kembali dan nama mereka akan sentiasa ada bersama saya.
Rindu sangat dekat 2NE1 kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.