CL telah mengejutkan peminat selepas menghantar gambar terbaru 2NE1 di media sosialnya.
Pada 7 Februari, CL telah menghantar satu gambar di media sosialnya, menunjukkan dirinya, Dara, Park Bom dan Minzy bersama di dalam sebuah lif.
Selepas hantaran itu dibuat, ianya telah menarik perhatian peminat yang tertanya-tanya adakah gambar yang dihantar itu merupakan petanda bahawa kumpulan tersebut bakal melakukan kemunculan semula bagi menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Gambar yang dikongsi oleh ketua kumpulan 2NE1 tersebut juga didapati seakan-akan sama seperti pentas kemunculan sulung mereka pada tahun 2009.
A LIFT ??? IS THIS SOME KIND OF 2NE1 HINT👀 IM LOOSING MY MIND pic.twitter.com/7Qg6t4v7xb
— 🇮🇳🍒 (@memealuvzCLx) February 7, 2024
Antara komen peminat selepas melihat hantaran tersebut ialah,
Kami sayangkan awak, 2NE1.
Sila buat kemunculan semula! Kami sentiasa nantikan awak.
Saya akan jadi orang yang paling bahagia di dunia jika mereka kembali.
Adakah ini petanda mereka akan kembali?
Mereka akan keluarkan lagu baru?
Korang rasa ni petanda ataupun hanya hantaran biasa?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.