Ikuti Kami:

“Saya Ketawa..” – Dituduh Ambil Dadah, Sikap ‘Tak Endah’ G-Dragon Ketika Disoal Polis Tular

“Saya Ketawa..” – Dituduh Ambil Dadah, Sikap ‘Tak Endah’ G-Dragon Ketika Disoal Polis Tular

Selepas Lee Sun-kyun, G-Dragon pula dipanggil untuk menjalani siasatan berkaitan tuduhan mengambil dadah.

Kelmarin, lelaki itu dilihat hadir ke pejabat polis dan sempat menjawab sedikit persoalan mengenai tuduhan itu apabila ditanya sekumpulan wartawan yang sekian lama menanti.

Jawab G-Dragon tentang dakwaan berat berkenaan,

Saya tidak terlibat dengan jenayah berkaitan dadah, dan saya datang ke sini untuk membuktikannya. Saya lebih suka menjalani pemeriksaan dengan segera daripada berbicara panjang lebar.

Bahkan, ahli BIGBANG itu juga bertegas bahawa dia tidak pernah ke tempat hiburan dewasa selain menolak dakwaan bahawa dia ada mewarnakan rambut bagi menghilangkan bukti pada rambutnya.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah G-Dragon kadang kala dilihat memandang ke langit atau tersenyum dan nampak tenang sepanjang wawancara dengan media.

g-dragon

Selepas 4 jam menjalani siasatan, lelaki itu dilihat keluar dengan tenang sebelum kembali berdiri di hadapan wartawan. Ditanya mengenai soal siasat itu, jawabnya santai sambil mendedahkan keputusan awal menunjukkan negatif penggunaan dadah,

Ianya berakhir dengan tawa. Saya gurau sahaja..

Respon yang tidak dijangka itu nyata membuatkan para wartawan bingung namun G-Dragon mengekalkan kedudukan yang tenang selain sempat melambai dan mengucapkan tanda hormat buat semua yang menanti.

Dalam pada itu, dia mengakui tidak terkesan dengan siasatan berkenaan dan memahami bahawa pihak polis hanya menjalankan tugas mereka tanpa ada motif berasingan.

Khabarnya, pihak polis akan menghantar sampel rambut dan air kencing lelaki tersebut ke Institut Forensik Sains Kebangsaan untuk siasatan lanjut.

Semoga keadilan dicapai..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...