Ikuti Kami:

“Saya Tak Ada Kena Mengena..” – G-Dragon Berkeras Tak Pernah Ambil Dadah

“Saya Tak Ada Kena Mengena..” – G-Dragon Berkeras Tak Pernah Ambil Dadah

Kelmarin, dunia K-Pop digemparkan dengan pendedahan besar-besaran mengenai beberapa selebriti yang terkait menggunakan dadah.

Antara nama yang disebut ialah G-Dragon di mana dia dikatakan mengambil dadah atas prekripsi seorang doktor. Malah klipnya berkelakuan pelik, kononnya atas kesan barang terlarang itu turut tular di serata media sosial.

Terbaru, lelaki itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi firma guaman K1 Chamber Law Firm. Jelasnya dia tidak pernah mempunyai sejarah mengambil dadah dan akan menyertai siasatan secara aktif,

Pertama sekali, saya tak pernah ambil dadah. Saya juga mahu menegaskan yang saya tidak ada kena mengena dengan laporan berita tentang ‘melanggar Akta Kawalan Narkotik’ yang didedahkan media baru-baru ini.

g-dragon

Pun begitu, rata-rata komen sepertinya tidak mempercayai kenyataan G-Dragon. Kata mereka,

Peminat dia pun tak percayakan dia..

 

Saya lagi terkejut kalau dia tidak ambil dadah.

 

Kalau dia berkelakuan sebegitu tanpa dadah, ianya lebih menakutkan.

 

Mesti dia muncul botak nanti.

 

Saya tak percayakan undang-undang Korea.

Hmmm.. tak tahu lah nak kata apa..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...