Ikuti Kami:

“Saya Kerja Part-Time, Nak Tanggung Keluarga” – Kim Saeron Dibicarakan Isu Pandu Ketika Mabuk

“Saya Kerja Part-Time, Nak Tanggung Keluarga” – Kim Saeron Dibicarakan Isu Pandu Ketika Mabuk

Selepas isu memandu di bawah pengaruh alkohol, Kim Sae-ron akhirnya dibicarakan hari ini.

Atas tuduhan kesalahan di bawah Akta Jalan Trafik, ulas pihak pendakwaan,

Paras alkohol dalam darah Kim Sae-ron mencapai lebih 0.2% dan dia cuba melarikan diri tanpa mengambil sebarang tindakan selepas memandu dengan mabuk. Ia tidak boleh dianggap sebagai perkara kecil kerana penumpang A masih ada dan membiarkan Kim Sae-ron meskipun tahu dia memanda di bawah pengaruh alkohol. Walau bagaimanapun, Kim Sae-ron mengakui kesalahan dan berusaha untuk membayar kerosakan yang dilakukan.

Pihak mereka kemudiannya meletakkan denda 20 juta won (RM68,428) dan 5 juta won (RM17,107) terhadap A.

kim saeron

Balas peguam Kim Sae-ron pula,

Defendan benar-benar menyesal dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama lagi. Dia juga mengelak dari mengambil alkohol dan turut menjual keretanya. Dia sudah membayar segala bayaran kerosakan dan dia tidak pernah memandu dalam keadaan mabuk sebelum kejadian ini dan sentiasa menggunakan khidmat pemandu ganti untuk jarak dekat.

Jelas peguam itu lagi, Kim Sae-ron hanya menjamah dua gelas wain dan memandu ke flat rakannya untuk berbual. Semasa sedang bersembang, mereka dipanggil untuk mengalih kereta dan menghubungi semula pemandu ganti itu namun panggilannya tidak berbalas.

Defendan kini bekerja keras untuk menanggung keluarga sebagai anak sulung dan keluarganya turut bergelut dengan masalah kewangan selepas membayar wang yang banyak untuk pampasan bagi kerosakan dek insiden itu. Kami berharap agar hukuman untuknya diringankan.

Hmmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...