Utama Celebrity News Diam Sejak Kontroversi, Gold Medalist Pilih Tak Perbaharui Kontrak Bersama Kim Saeron

Diam Sejak Kontroversi, Gold Medalist Pilih Tak Perbaharui Kontrak Bersama Kim Saeron

kim saeron

Nampaknya ada berita buruk buat Kim Sae-ron yang sedang menjauhkan diri dari perhatian ramai kini.

Terbaru, agensinya iaitu Gold Medalist mengumumkan bahawa mereka tidak menyambung kontrak bersama pelakon itu lagi. Ulasnya,

Kontrak kami bersama Kim Sae-ron sudah tamat dan kami membuat keputusan untuk tidak memperbaharuinya.

Untuk pengetahuan, pelakon wanita itu telah ditangkap memandu dalam keadaan mabuk hingga melanggar struktur di tepian jalan dan mengganggu aliran elektrik di kawasan berkenaan selama beberapa jam.

kim saeron

Malah Kim Sae-ron menyebabkan kritikan ramai apabila cuba melengahkan masa dengan meminta untuk menjalani ujian darah dan bukannya hembusan nafas ketika diberkas polis di tempat kejadian.

Dalam pada itu, dia turut diselar umum apabila dilihat menyambut hari jadi dengan bertemakan alkohol meskipun baru sahaja terlibat dengan kes berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...