Ikuti Kami:

Konon Tiada Wang Hingga Kerja Part-Time, Netizen Perli Kim Saeron Terus Hidup Mewah

Konon Tiada Wang Hingga Kerja Part-Time, Netizen Perli Kim Saeron Terus Hidup Mewah

Beberapa hari ini, nama Kim Sae-ron terus menjadi topik perbualan hangat peminat hiburan Korea.

Ini kerana gadis itu dilaporkan terpaksa bekerja separuh masa kini dek kesempitan wang akibat membayar pampasan buat perniagaan yang terjejas semasa dia melanggar penjana elektrik semasa memandu dalam keadaan mabuk beberapa bulan lalu.

Hal ini turut diakui agensinya di mana mereka mengatakan bahawa Kim Sae-ron sudah pun berhenti kini dan sedang bermuhasabah diri.

kim saeron

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mempersoal ‘kisah’ mengenai dia yang melalui masalah kewangan dan ‘muhasabah diri’ itu. Kata mereka, pelakon tersebut pernah menunjuk mengenai flat mewah miliknya beberapa tahun lalu dalam sebuah rancangan hiburan.

Menerusi laporan media, kediaman berkenaan mempunyai struktur di antara 158 ke 161 meter persegi dan berharga 2 bilion ke 2.1 bilion won (RM7.4 juta) dalam pasaran hartanah. Dalam pada itu, dia juga memiliki sebuah Range Rover SUV bernilai 100 juta won (RM338K) di mana kenderaan itu yang dipandu semasa kes memandu di bawah pengaruh alkohol.

kim saeron

Bukan itu sahaja, seorang bekas wartawan yang membuka saluran YouTube kini mendedahkan bahawa Kim Sae-ron mengadakan sambutan meriah untuk hari jadinya tak lama dulu.

Malah ayat ‘Persediaan: badan dan alkohol’ menarik perhatian ramai sekaligus menaikkan lagi keraguan bahawa gadis itu benar-benar menghadapi kesusahan sekarang ini.

kim saeron

Hmmm.. entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...