Sepertinya Kim Sae-ron mengalami masa yang sukar kini.
Terbaru, gadis itu dikhabarkan mengambil beberapa kerja separuh masa kerana kesempitan wang.
Tak lama kemudian, agensinya turut mengesahkan berita berkenaan,
Kim Sae-ron ada meluangkan masa bekerja separuh mada di kafe dek masalah kewangan.
Pada awal tahun ini, Kim Sae-ron ditahan memandu dalam keadaan mabuk. Mengakui kesalahan tersebut, pelakon wanita berkenaan memohon maaf menerusi agensinya dan berjanji akan melunaskan tanggungjawab terhadap premis yang terjejas di sekitar kawasan kejadian.
Hmmm… semoga Kim Sae-ron kuat..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.